Isnin, 1 Oktober 2012

Antara Mata Dan Mata Hati.

Antara mata dan mata hati! Ketahuilah, aku bukanlah seorang ilmuan yg bisa menterjemahkannya dgn sesempurna mungkin. Justeru itu, apa yg kutulis ini adalah tafsiran secara umum shj. Mata dan mata hati, bunyinya seakan sama saja. Namun hakikatnya, ianya mempunyai pengertian atau tafsiran yg sgt berbeza. MATA...ia dapat dilihat, disentuh dan dilukis kerana ia wujud dgn nyata. Manakala MATA HATI....ia tidak dapat dilihat, disentuh mahupun digambarkan atau dilukis macamana rupanya dan keadaannya kerana ianya mempunyai pengertian yg amat dalam dan ianya sgt berhubung rapat dgn hati nurani. Orang celik menggunakan matanya untuk melihat tetapi lain pula dgn orang buta, mereka menggunakan mata hati untuk melihat. Seringkali orang celik tertipu dgn pandangan matanya kerana mata hatinya buta..mereka sayang pada yg cantik, yg kaya, yg sempurna dan yg berjaya TETAPI mereka benci pada yg buruk, yg miskin, yg cacat dan yg gagal (Gagal dari tafsiran akal mereka). Jiwa mereka kecil. Mereka berkawan mahupun berkhidmat dgn bersyarat. Andai kata mereka kecundang atau hilang segalanya..mereka akan menjadi seorang yg sgt kecewa. Lain pula dgn mata hati...mata hati tidak pernah membohongi kita selagi hati nurani kita bersih dari segala sifat-sifat keji dan selagi kita DiRahmati Allah. Mata hati akan memperlihatkan kepada kita..mana yg benar, mana yg palsu dan mana yg intan, mana yg kaca. Kita jadi orang yg berjiwa besar...Kita berkawan dan kita berkhidmat dgn tanpa syarat. Semuanya kita lakukan dgn penuh keikhlasan sebab semuanya kerana Allah. - 7 Mac 2010

Tiada ulasan: