Isnin, 1 Oktober 2012

Menjamu Selera di Restoran Pak Arab - 25Feb.2012

emmm...sedapnyaaa...
Dah tak sabar nak yum yum yum.....
Kebab!!!
Mat-mat Arab sedang menjamu selera
Ops! Jangan salah sangka ya....botol-botol hijau tu adalah botol air buah-buahan pelbagai rasa.
Restoran Half Moon.Nak rasa makanan Arab, jom datang ke sini....
Restoran ni terletak di Seri Kembangan....

Aktiviti JogAThon - Dataran Merdeka 13 Nov.2011

JogAthon terakhir bersama GB Mariana dan cikgu Shima (Kedua-duanya berbaju hijau) di mana mereka berdua akan menamatkan perkhidmatan dgn PKKI Disember ini. Sedih rasanya kerana kami sudah bersama mereka sejak tahun 2004 iaitu ketika Ain berumur 7th. Terima kasih GB dan Cgu Shima...Mulai 2012 semuanya tinggal kenangan yg terindah...Satu demi satu Guru2 di PKKI meninggalkan kami. Tambah sedih lagi, adik Raof juga akan berhenti belajar di PKKI. Ain juga yg masih di sini.... Entah bilalah nanti dapat berkumpul dgn mereka spt ini. Sedihnyaaaaa....

'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'

Itulah keluhan sesiapa shj yg mendampingi Ain. Aku sendiri sebagai ibunya sudah tidak tahu cara mana lagi boleh kuikhtiarkan supaya Ain mahu berbicara dgn insan lain selain dpd anggota keluarganya. Apa yg pasti...Ain bukanlah seorang yg bisu, cuma dia sgt permalu dan mungkin juga krg keyakinan diri utk berbicara dgn insan lain TETAPI jika dia menyukai seseorang itu maka ia mahu mendampingi orang itu dan mahu berbicara dgn insan berkenaan. Yg nyata..kita kena pandai mengambil hatinya maka barulah dia mahu berbicara dgn kita...

Antara Mata Dan Mata Hati.

Antara mata dan mata hati! Ketahuilah, aku bukanlah seorang ilmuan yg bisa menterjemahkannya dgn sesempurna mungkin. Justeru itu, apa yg kutulis ini adalah tafsiran secara umum shj. Mata dan mata hati, bunyinya seakan sama saja. Namun hakikatnya, ianya mempunyai pengertian atau tafsiran yg sgt berbeza. MATA...ia dapat dilihat, disentuh dan dilukis kerana ia wujud dgn nyata. Manakala MATA HATI....ia tidak dapat dilihat, disentuh mahupun digambarkan atau dilukis macamana rupanya dan keadaannya kerana ianya mempunyai pengertian yg amat dalam dan ianya sgt berhubung rapat dgn hati nurani. Orang celik menggunakan matanya untuk melihat tetapi lain pula dgn orang buta, mereka menggunakan mata hati untuk melihat. Seringkali orang celik tertipu dgn pandangan matanya kerana mata hatinya buta..mereka sayang pada yg cantik, yg kaya, yg sempurna dan yg berjaya TETAPI mereka benci pada yg buruk, yg miskin, yg cacat dan yg gagal (Gagal dari tafsiran akal mereka). Jiwa mereka kecil. Mereka berkawan mahupun berkhidmat dgn bersyarat. Andai kata mereka kecundang atau hilang segalanya..mereka akan menjadi seorang yg sgt kecewa. Lain pula dgn mata hati...mata hati tidak pernah membohongi kita selagi hati nurani kita bersih dari segala sifat-sifat keji dan selagi kita DiRahmati Allah. Mata hati akan memperlihatkan kepada kita..mana yg benar, mana yg palsu dan mana yg intan, mana yg kaca. Kita jadi orang yg berjiwa besar...Kita berkawan dan kita berkhidmat dgn tanpa syarat. Semuanya kita lakukan dgn penuh keikhlasan sebab semuanya kerana Allah. - 7 Mac 2010

Berkunjung ke Lake View Club Subang Jaya - 8 Okt.2011

Aktiviti PKKIHL ini disertai Pengerusi PKKI, Guru-Guru, murid-murid dan ibu/bapa murid...ada jamuan makan tgh dan pemberian cenderahati.....