emmm...sedapnyaaa...
Ops! Jangan salah sangka ya....botol-botol hijau tu adalah botol air buah-buahan pelbagai rasa.
Restoran ni terletak di Seri Kembangan....
Isnin, 1 Oktober 2012
Aktiviti JogAThon - Dataran Merdeka 13 Nov.2011
JogAthon terakhir bersama GB Mariana dan cikgu Shima (Kedua-duanya berbaju hijau) di mana mereka berdua akan menamatkan perkhidmatan dgn PKKI Disember ini. Sedih rasanya kerana kami sudah bersama mereka sejak tahun 2004 iaitu ketika Ain berumur 7th. Terima kasih GB dan Cgu Shima...Mulai 2012 semuanya tinggal kenangan yg terindah...Satu demi satu Guru2 di PKKI meninggalkan kami. Tambah sedih lagi, adik Raof juga akan berhenti belajar di PKKI. Ain juga yg masih di sini.... Entah bilalah nanti dapat berkumpul dgn mereka spt ini. Sedihnyaaaaa....
'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'
Itulah keluhan sesiapa shj yg mendampingi Ain. Aku sendiri sebagai ibunya sudah tidak tahu cara mana lagi boleh kuikhtiarkan supaya Ain mahu berbicara dgn insan lain selain dpd anggota keluarganya. Apa yg pasti...Ain bukanlah seorang yg bisu, cuma dia sgt permalu dan mungkin juga krg keyakinan diri utk berbicara dgn insan lain TETAPI jika dia menyukai seseorang itu maka ia mahu mendampingi orang itu dan mahu berbicara dgn insan berkenaan. Yg nyata..kita kena pandai mengambil hatinya maka barulah dia mahu berbicara dgn kita...
Antara Mata Dan Mata Hati.
Antara mata dan mata hati! Ketahuilah, aku bukanlah seorang ilmuan yg bisa menterjemahkannya dgn sesempurna mungkin. Justeru itu, apa yg kutulis ini adalah tafsiran secara umum shj. Mata dan mata hati, bunyinya seakan sama saja. Namun hakikatnya, ianya mempunyai pengertian atau tafsiran yg sgt berbeza. MATA...ia dapat dilihat, disentuh dan dilukis kerana ia wujud dgn nyata. Manakala MATA HATI....ia tidak dapat dilihat, disentuh mahupun digambarkan atau dilukis macamana rupanya dan keadaannya kerana ianya mempunyai pengertian yg amat dalam dan ianya sgt berhubung rapat dgn hati nurani. Orang celik menggunakan matanya untuk melihat tetapi lain pula dgn orang buta, mereka menggunakan mata hati untuk melihat. Seringkali orang celik tertipu dgn pandangan matanya kerana mata hatinya buta..mereka sayang pada yg cantik, yg kaya, yg sempurna dan yg berjaya TETAPI mereka benci pada yg buruk, yg miskin, yg cacat dan yg gagal (Gagal dari tafsiran akal mereka). Jiwa mereka kecil. Mereka berkawan mahupun berkhidmat dgn bersyarat. Andai kata mereka kecundang atau hilang segalanya..mereka akan menjadi seorang yg sgt kecewa. Lain pula dgn mata hati...mata hati tidak pernah membohongi kita selagi hati nurani kita bersih dari segala sifat-sifat keji dan selagi kita DiRahmati Allah. Mata hati akan memperlihatkan kepada kita..mana yg benar, mana yg palsu dan mana yg intan, mana yg kaca. Kita jadi orang yg berjiwa besar...Kita berkawan dan kita berkhidmat dgn tanpa syarat. Semuanya kita lakukan dgn penuh keikhlasan sebab semuanya kerana Allah. - 7 Mac 2010
Berkunjung ke Lake View Club Subang Jaya - 8 Okt.2011
Ahad, 30 September 2012
Hari Guru & Hari Ibu 2011
Sukan PKKI Hulu Langat - Sabtu, 14 Mei 2011
Karnival Usahawan Pend.Khas (Wilayah Persekutuan KL & Putrajaya) - Rabu, 4 Mei 2011
Bio-Quantum Hidroterapi Ais - Rawatan pd Sabtu 19 Feb.2011 (Kursus H.D.A yg berlangsung di kediaman Prof. NW)
Kali pertama saya dicadangkan membawa Ain membuat rawatan 'Hidroterapi Ais'(Mei 2008)saya merasa tersangat pelik dan sukar utk menerimanya krn selama ini saya sering disarankan membawa Ain membuat rawatan secara rendaman air panas/suam. Maka banyak tempat peranginan air panas telah kami pergi...di kg halaman saya (Perak), Pulau Langkawi malah hingga ke Hot Spring Kota Kinabalu Sabah, akan tetapi...keputusannya hanya sementara shj dan tidak membantu kesihatan Ain.
Akhirnya saya terbuka hati juga utk mencuba rawatan 'Hidroterapi Ais', maka pada Oktober 2008 saya dan ayah Ain membawa Ain ke COLOUR VIBRATION Therapy yg diasaskan oleh Prof. Emeritus Dr. Sir Norhisham wahab yg bertempat di Shah Alam. Di sana...Dr.Rahim (Dr.yg b'tugas di CVT) telah menerangkan kpd kami akan proses rawatan ini, lalu b'mulalah sesi rawatan 'Hidroterapi Ais' Ain secara b'pakej 7 hari dan kemudiannya disusuli dgn rawatan sebulan sekali selama 4 bulan.Selepas itu saya sendiri akhirnya telah mengikuti kursus asas CVT.
Alhamdulillah..dgn izin Allah, perkembangan yg paling nyata pada Ain selepas melalui rawatan ini...Antibodi Ain semakin kuat, ain jarang sangat mendapat demam, selsema dan batuk..malah penyakit sawan Ain juga semakin membaik sehingga DR.Pakar HUKM menurunkan dos ubat sawan Ain. Dalam tempoh 4 tahun (2008 hingga 2011), hanya 2 kali shj Ain m'dpt sawan...itupun sekejap shj tidak sampai 5 minit. Ini b'beza dgn sebelum Ain mejalani rawatan 'Hidroterapi Ais' di mana antara setahun ke 2 tahun Ain akan kena sawan hingga melebihi 30 minit lamanya sehingga setiap kali kena serangan sawan Ain akan masuk wad.
Alhamdulilah....Ilmu Allah itu t'lalu luas dan 'Hidroterapi Ais' adalah satu dpdnya. Sesghnya dari pengalaman saya, Alhamdulillah...minuman ais yg diamalkan setiap hari juga turut membuat Ain kebal dari kena batuk/selsema, kalaupun sesekali Ain m'dpt batuk/selsema..ianya cepat sembuh malah tidak perlu makan ubat batuk langsung. Begitulah antara keajaiban ais dr pengalaman saya.
Sesiapa yg b'minat hendak mengetahui lebih lanjut mengenai CVT dan rawatan Hidroterapi Ais...silalah layari laman web ini; 'http://www.profnorhisham.com' dan 'http://hydrotherapyice.blogspot.com'...
Berkunjung Ke Genting Theme Park
Suasana Baru..sejuk mata memandang (Jan.2011).
Langgan:
Catatan (Atom)